-
Promosi Starsky Restaurant & Lounge Menara Alor Setar
STARSKY RESTAURANT & LOUNGE MENARA ALOR SETAR
Chinese New Year Promotion!!!
** Double the joy during Chinese New Year, purchase our Chinese New Year Set Dinner, and you can enjoy a special menu. What are you waiting for?
Hurry up and book now while the offer is still available !!! **
Any inquiries
Restaurant & Booking
http://www.wasap.my/601137356636/starsky
http://www.wasap.my/60134108700/starsky
Or Call,
04-736 3427
Open Everyday
?Level 4, Alor Setar Tower
Like dan follow FB Page Starsky Restaurant & Lounge Menara Alor Setar.
(FOTO)
-
Promosi Menara Alor Setar
PROMOSI MENARA ALOR SETAR
Menara Alor Setar akan memperkenalkan waktu operasi baru bermula dari 11.11.2020, telah dilanjutkan sehingga 31.1.2021.
Waktu operasi baru tersebut adalah seperti berikut:
* Ahad – Sabtu: 8.30 pagi – 10.00 malam
Promosi yang dilanjutkan adalah Promosi 'KITA PRIHATIN BERSAMA (PKPB)', Promosi Untukmu Wiraku dan Promosi Untukmu "Delivery Heroes" untuk pengunjung tempatan selama tempoh tersebut:
1) 25 tiket PERCUMA ke Pelantar Pemandangan setiap hari
2) Diskaun 50% untuk ke Pelantar Pemandangan dan Star View.Rujuk poster promosi di sini.
Maklumat lanjut promosi, layari FB Page Menara Alor Setar sekarang! Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 04-720 2902.
-
Rakaman Program KEDAHfm Berselawat sempena Maulidur Rasul 1442H
Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kedah serta KedahFM mengadakan sesi rakaman Program KedahFM Berselawat anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Kedah bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar. Program rakaman yang diadakan ini adalah sebagai persediaan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang disambut pada hari Khamis 29 Oktober 2020. Rancangan tersebut disiarkan menerusi Radio KedahFM saluran 97.5Mhz pada jam 12.15 tengahari dan ditayangkan serentak di Facebook Radio Malaysia KedahFM, RTM Mobile dan RTM My Klik TV.
Majlis rakaman program ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Romani Wan Salin; Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar dan Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mohd Zamri Abd Razak.
Berita acara boleh didapati di sini. (kredit berita - Warta Kedah)
Foto acara boleh didapati di sini.
Acara/Kempen: Rakaman Program KedahFM Berselawat.
Tempat: Megaview Banquet Hall & Star View Menara Alor Setar.
Tarikh: 26 Ogos 2020.
Masa: 9.00 malam
-
Majlis Penyerahan Pelitup Muka dan 'Hand Sanitizer'
Majlis Penyerahan Pelitup Muka dan 'Hand Sanitizer' oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah kepada Menara Alor Setar di Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar pada 23 Ogos 2020, jam10.00 pagi.
Menerima kehadiran daripada Lt.Kol. (PA) Awang Askandar bin Ampuan Yaacub, Pengarah APM KEDAH serta 23 orang pegawai dan kakitangan PNPA KEDAH dan juga YBhg. Encik Mohamad Zamri Abdul Razak, Pengurus Besar Menara Alor Setar serta 8 orang kakitangan Menara Alor Setar, bagi menjayakan majlis ini.
Berita lanjut boleh didapati di sini. Foto majlis boleh didapati di sini.
Acara/Kempen: Lawatan Kerja dan Penyerahan Pelitup Muka Beserta Handsanitzer Kepada Petugas Menara Alor Setar.
Tempat: Megaview Banquet Hall Menara Alor Setar.
Tarikh: 23 Ogos 2020.
Masa: 10.00 pagi.
-
Muzikalisasi Puisi 'Awana Puitika'
Persembahan sastera tertinggi di dalam negara. Di puncak 100 meter, bersama para seniman kebangsaan, Puzi Hadi, PENTAS & SN Dato' Dr. Zurinah Hassan, Lin Haslinaz setia dalam persembahan maya untuk terus semarakkan sastera dan seni kebangsaan.
Berita di FB acara di sini dan foto acara (di sini)
Acara/Kempen: Muzikalisasi Puisi 'Awana Puitika'.
Tempat: Megaview Banquet Hall Menara Alor Setar
Tarikh: 21 Ogos 2020
Masa: 8.30 malam.