Rakaman Program KEDAHfm Berselawat sempena Maulidur Rasul 1442H

 

 

kedahselawatmain

 

 

  

Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kedah serta KedahFM mengadakan sesi rakaman Program KedahFM Berselawat anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Kedah bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar. Program rakaman yang diadakan ini adalah sebagai persediaan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang disambut pada hari Khamis 29 Oktober 2020. Rancangan tersebut disiarkan menerusi Radio KedahFM saluran 97.5Mhz pada jam 12.15 tengahari dan ditayangkan serentak di Facebook Radio Malaysia KedahFM, RTM Mobile dan RTM My Klik TV.

Majlis rakaman program ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Romani Wan Salin; Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar dan Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mohd Zamri Abd Razak.

Berita acara boleh didapati di sini. (kredit berita - Warta Kedah)

Foto acara boleh didapati di sini.

Acara/Kempen: Rakaman Program KedahFM Berselawat.

Tempat: Megaview Banquet Hall & Star View Menara Alor Setar.

Tarikh: 26 Ogos 2020.

Masa: 9.00 malam